Memaparkan catatan dengan label bookcafe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bookcafe. Papar semua catatan

Sabtu, April 22, 2017

Kejayaan Suatu Impian Atau Pilihan ~ 10 Tokoh Usahawan Muslimah



Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah malam tadi sempat habiskan baca bab 1 dari buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH.
Bab 1 dengan tajuk MEMAHAMI KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM banyak menceritakan kisah Puan Zawti Ibrahim iaitu pemilik Jatimas Asia Sdn. Bhd. Antara yang menarik perhatian adalah Motivasi Pernigaan yang dapat diterbitkan dari kisah hidup Puan Zawati.

Motivasi Perniagaan

  • Kejayaan adalah pilihan
  • Ujian pemangkin semangat
  • Sanggup belajar
  • Melihat cabaran sebagai peluang
  • Tiada istilah serik atau berputus asa
  • Matlamat pemangkin semangat dan azam adalah teras kekuatan
  • Cari penyelesaian bukan alasan.


Saya pilih topik Kejayaan adalah pilihan pada kali ini. Setiap insan menanam impian untuk berjaya tetapi tidak semua insan menjadikan kejayaan suatu pilihan. Antara faktor adalah semangat dan keyakinan akan kejayaan yang bakal diperolehi tidak ada dalam diri. Perasaan rendah diri dan meragui kemampuan diri menghalang kita untuk memilih kejayaan sebagai pilihan.

Berminat untuk baca lebih, boleh klik gambar buku kat atas. Buku ini saya beli dekat bookcafe.

Rabu, April 12, 2017

Hujan Diskaun @ Bookcafe

https://bookcafe.com.my/en/?idev_id=1880


Sekarang tengah berlangsung acara HUJAN DISKAUN @BOOKCAFE sehingga 13april2017.

Antara tajuk buku yang dapat diskaun

60%

Tuhan Aku Kembali (Sham Kamikaze)
Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan.Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya.Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah.Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.
Hadiah Buat Suami (Roza Roslan)
"Pandanglah... rambut beruban, mata semakin kabur, kudrat berkurangan cucu-cucu berlarian, dan anak-anak beredar pergi. Hadiah Buat Suami mengingatkan khalayak betapa pusingan kehidupan berkeluarga kembali ketika usia awal perkahwinan. Hanya berdua. Lalu Roza melalui kisah-kisahnya bertanya, " Masih ada cinta tersisa? Bukankah kita mahu bahagia di dunia dan akhirat? Tidak mahukah bertemu kembali di Firdaus?"
Revolusi IQ/EQ/SQ (Taufik Pasiak)
Apakah faktor yang membezakan kecerdasan Albert Einstein, Mike Tyson dan Michael Ballack dengan Adnan Okhtar (Harun Yahya), Dr. Zakir Abdul Karim Naik dan Ahmadinejad? 
Penjelasan lengkap dan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda. 
Apakah yang dikatakan mukjizat bahasa Quran dan bagaimana ia berperanan dalam menjelaskan kecerdasan minda manusia? 
Jawapan kepada persoalan mengapa Fikir, Zikir, Ilmu dan Nadzar dikatakan sebagai medan semantik minda manusia. 
 (p/s: kami dah beli dan baca sedikit buku ini...buku ini best)

 

Isnin, Januari 23, 2017

Review Buku: Secangkir Teh Pengubat Letih

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1880&url=5415
Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku travelog tarbiah. Ini merupakan buku travelog tarbiah yang aku baca, tak silap awal tahun 2011. Selepas baca buku ini lah aku mula jatuh cinta dan suka dengan buku-buku travelog lain. Apa yang di kongsi ini adalah apa yang masih ingat.

Secangkir teh pengubat letih adalah kisah perjalanan penulis ke bumi bertuah Turki. Penulis menulis buku dengan mengambarkan keadaan di Turki saat itu dengan amat jelas, sehingga aku dapat membayangkan bagaimana kedudukan bangunan, keadaan kedai dan suasa semasa. Setrusnya penulis berkongsi adab dan budaya masyarakat turki minum teh. Teh di masak bersama air dan diminum dalam cawan kecil.

Banyak lagi bab yang menarik dapat di rasai apabila membaca buku ini. Walaupun kita tak berada diturki tetapi ia membuat kita merasa seperti pernah ke sana. Jangan pelik jika anda merasa rindu untuk kesana.

Buku ini boleh didapati di Bookcafe. Senang sahaja beli buku sekarang, online sahaja.