Dunia Ku



Jodoh pertemuan,ajal dan perpisahan satu ketetapanNya.Sering syg ingtkan diri syg sbg manusia menurut ketetapan dan perintahNya.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan jadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (al-Rum: 21)


"Tuhan, Engkau telah menganugerahkan cinta kpd hamba-Mu. Engkau yg memberikan kami pelajaran da pemahaman terhadap cinta. Hamba mohon…sekiranya dia adalah pilihan terbaik yang Engkau kehendaki untuk hamba, maka jadikanlah dia pendamping hamba buat selamanya. Jangan Engkau dirikan benteng yang membentangkan jarak pemisah antara kami. Dekatkan kami seperti eratnya nafas dan roh. Namun jika Engkau kehendak yang lain, maka berikan lah pengganti terbaik bagi kami dan cukupkan kami dengan redha-Mu." (Petikan Zikir-Zikir Cinta)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik