Ahad, Julai 07, 2019

Mr.Y jadi juru cakap untuk majlis pertuangan Pok Tam

Assalamualaikum, balik raya terenganu kali ini kami ada misi...iaitu menyelesaikan majlis pertunangan adinda Aizuddin a.k.a Pok Tam. Hantaran yang dibawa hanya 3 berbalas 3. Sebenarnya sebulan sebelum majlis kami adikberadik perempuan dah kebingungan apabila Pok Tam kata tak payah nak siapkan apa-apa hantaran. Rupanya dulang hantaran pihak perempuan telah buat, manakala barang hantaran amat lah sedikit dan mudah. Bagus, jimat masa dan wang.

Sehari sebelum majlis, Pok Tam dah mintak Mr.Y jadi juru cakap. Mr.Y pulak berbelah bagi sebab ada ayah dan abang aim yang lebih layak dari segi pangkat dan usia. Maka kami berbincanglah sesama kami. Abang aim risau andai wakil pihak perempuan menggunakan loghat terengganu pekat mengalahkan ayah. Kata nya "ayah cakap pun abang aim kadang-kadang tak berapa nak faham, macam mana?" Maka tugasan tersebut ditolak kembali kepada Mr.Y.

Hari kejadian, Mr.Y ambil langkah selamat dengan ucapan ringkas. Lain-lain perbincangan seperti tempoh pertunangan, jumlah mas kawen dan hantaran biarlah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bincangkan kata Mr.Y. FUHHH!!!

Jom tengok gambar sekitar majlis ...
Kami baru nak lintas jalan...

sesi sarung cincin

Team belah lelaki

Bersama perempuan yang dilamar

Ada gak gambar yang lelaki dan Mr.Y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik