Ahad, Jun 16, 2019

Kematian orang asli gua musang

Sehingga ke hari ini, misteri kematian orang asli di gua musang masih belum selesai. Pelbagai agensi kerajaan yang terlibat bagi menyelsaikan masalah ini. Apa yang pasti sekarang kemsemua yang meninggal adalah akibat pneumonia. Apa yang meneyebab pneumonia masih menjadi msisteri...


Berikut  adalah kronologi kes petikan dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/463873/kronologi-kematian-14-orang-asli-suku-batek-metrotv.


29 Mei 2019
Seorang lelaki Orang Asli, 30, meninggal dunia di pondok berhampiran Lombong Bijih Aring 11, Gua Musang
7 Jun 2019
Polis menerima laporan seorang wanita Orang Asli suku Batek, 21, yang dilaporkan mati secara tiba-tiba di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang.
8 Jun 2019
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Taufik Maidin mengesahkan penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru atau ‘Pneumonia’ dipercayai punca kematian 13 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.
83 Orang Asli sedang menerima rawatan iaitu 37 sebagai pesakit luar, 32 orang dirawat di Hospital Gua Musang, 10 di Kuala Krai dan seorang kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) serta tiga lagi di rumah inap kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang.
9 Jun 2019
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, 14 kematian dilaporkan membabitkan penduduk Orang Asli suku Batek, di Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei hingga 7 Jun lalu termasuk dua kematian dilaporkan akibat radang paru-paru.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mengadakan tinjauan dan hasilnya mendapati pencemaran air bukit dan anak sungai Lebir dekat Kampung Kuala Koh, dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih manganese atau keluli, sehingga menyebabkan kematian 14 penduduk Orang Asli suku Batek, setakat ini.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencari punca kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang termasuk menyediakan logistik seperti kenderaan kepada agensi kerajaan untuk menyiasat kes berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dakwaan kononnya kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, mempunyai kaitan dengan pencemaran kolam yang menjadi sumber air masyarakat itu akan disiasat dengan teliti.
Lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh terpaksa berpindah ke kawasan hutan kerana bimbang 14 kematian yang berlaku sejak bulan lalu didakwa disebabkan sihir hitam.
10 Jun 2019
Kerajaan negeri menyangkal dakwaan penyakit dikatakan menyerang penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, baru-baru ini, berpunca daripada pencemaran air hasil aktiviti perlombongan di kawasan itu kerana penyakit pneumonia adalah berkaitan udara bukan daripada air.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang awam supaya tidak masuk ke perkampungan Orang Asli dekat Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.
Kementerian Kesihatan sedia melakukan bedah siasat ke atas 12 mayat penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang ditanam secara adat masyarakat itu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sudah mengambil sampel air dari tiga lokasi di Kampung Kuala Koh, Gua Musang bagi menganalisis tahap pencemarannya.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menggesa agensi berkaitan memindahkan semua penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh ke lokasi lebih selamat.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan menjalankan operasi mengesan 12 kubur Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini yang dikatakan dikebumikan secara adat suku kaum Batek baru-baru ini.

Sama-sama lah kita berdoa agar misteri ini selesai dengan cepat dan aman...

3 ulasan:

  1. nice sharing.... tahu pasal ni tapi tak tahu terperinci...

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya dapat diselesaikan dan dpt tahu puncanya. Tq share pasal berita ni.

    BalasPadam
  3. sedih kan, dengar sb tak vaksin.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik