Sabtu, Mac 02, 2019

Apa itu hyperlexia?



Assalamualaikum...adakah anda semua  tahu pasal hyperlaxia? Beberapa minggu lepas termenonton rancangan Hello Doktor , TV3 yang di hoskan oleh Jasmin Hani. Topik berkisar hyperlexia dan dyslexia.

Dyslexia, aku biasa dengar dan tahu apa dia. Ia tu masalah dalam pembelajaran. Dimana budak lambat membaca akibat apa yang dia nampak adalah berbeza dari kita yang normal ni. Contoh mudah, kita nampak  hurup 'b' sebagai 'b', tetapi budak dysleksia nampak 'b' sebagai 'd'. Begitulah sebaliknya.

Hyperlexia pulak macam berlawanan dengan dyseleksia. Dimana budak yanga mengalami hyperlexia, mempunhai kebolehan membaca seawal usia 2tahun tanpa perlu diajar, 'self learning'. Tetapi masalahnya, mereka pandai membaca tetapi tidak memahami dan dan tidak dapat mengaitkan suatu perkataan dengan perkataan yang lain. Selalunya budak hyperleksia akan mengalami masalah pergaulan, mereka sukar nak bergaul dan berkawan. Mereka lebih selesa bermain sendiri. Mereka juga memilik keinginan yang kuat. Maka mak pak yang ada anak mcm ni perlu kesabaran tahap tertinggi lah.

Sebenarnya banyak banyak lagi yang ddibincangkan. Tp secara am nya,itu lah hyperlexia.

3 ulasan:

  1. "Mereka pandai membaca tetapi tidah memahami dan tidak dapat mengaitkan suatu perkataan dengan perkataan yang lain" - Ini adalah andaian yang tidak benar untuk kanak kanak Hyperlexia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh...ye ke...yang benarnya macam mana... Apa yang saya tulis berdasar pemahaman saya apabila menonton rancangan tersebut. Kalau boleh betulkan terima kasih... Takut jugak tersalah bagi info tentang sesuatu. Terima kasih danial.

      Padam
    2. Yang benarnya mereka boleh memahami apa yang mereka baca (age appropriate comprehension). Contohnya kalau umur budak itu 5 tahun, dia boleh baca dan faham kandungan bahan bahan untuk kanak kanak berumur 5 hingga 7 tahun, kadang kadang lebih daripada itu. Tapi budak itu mampu membaca bahan yang dimaksudkan untuk yang berumur 15 tahun ke atas.. jadi kalau dia tak faham bahan yang dimaksudkan utk yang berumur 15 tahun dan ke atas, ia nya bukan suatu masalah.

      Mereka juga dapat mengaitkan suatu perkataan dgn yg lain tanpa sebarang masalah.

      Masalah pergaulan adalah salah satu kelemahan hyperlexia, tetapi masalah ini dapat di atasi dgn mudah, asalkan ibu bapa memahami hyperlexia, usaha utk mengatasi masalah pergaulan bukan sesuatu yang sukar. Mereka suka bergaul dan berkawan sebenarnya.

      Padam

Sila komen yang baik-baik