Isnin, Februari 25, 2019

Suntikan Vaksin Campak Tambahan

Ini lah kesan daripada peningkatan bilangan individu yang antivaksin. Jumaat lepas hana bawak balik borang kebenaran untuk dapatkan suntikan tambahan ini...situasi dialog lebih kurang macam ni..

Hana: Ummu, cikgu bagi kertas suruh abi lukis.
Ummu: Ha...kenapa cikgu suruh abi lukis bukan hana (aku ingat kerja sekolah).
Hana: Ala..suruh je lah abi lukis.
Ummu: Mana kertas tu, ummu nak tengok.
Hana: Kan hana kata cikgu suruh abi lukis, bukan ummu.
Ummu: Bagi lah, nanti abi balik ummu suruh abi lukis.

Sekali dia keluarkan borang kebenaran untuk ambik suntikan vaksin tambahan.

Kita tak perlu cerita banyak pasal kenapa perlu vaksin tambahan..baca je surat bawah ni...



Nampakkan kesan utama penolakan vaksin oleh golongan antivaksin adalah peningkatan kes demam campak. Vansin untuk demam campak diberikan kepada bayi berusia 9 bulan untuk dos pertama dan usia setahun untuk dos seterusnya. Vaksin ini dikenali MMR kerana ia merangkumi 3 jenis vaksin dalam satu suntikan iaitu Measles, Mumps dan Rubella.

Kalau sebelum ini vaksin diberikan kepada budak usia setahun, tetapi beberapa tahun lepas vaksin ini dipercepatkan kepada bayi berusia 9bulan. Kerana berlaku peningkatan kes demam campak dikalangan bayi dibawah usia setahun. Rupanya serangan campak lebih mengganas sekarang sehingga kanak-kanak bawah 7tahun kena ambil suntikan tambahan.

Saya bukan nak menyalahkan golongan antivaksin sepenuhnya, tetapi saya ingin menyatakan peningkatan golongan antivaksin menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kes demam campak masa kini.


2 ulasan:

Sila komen yang baik-baik