zazzle wedding

Wedding

Rabu, Februari 07, 2018

Doa ibu ayah

Alhamdulillah,  tepat jam 5.01pagi, 30 Januari 2018,  aku selamat melahirkan seorang lagi putera.  Apa yang hendak dikongsikan disini bukan pengalaman saat melahirkan tetapi pengalaman mengharapkan doa ikhlas insan bernama ibu ayah.

Ibu dan ayah mana tak risau anak atau menantu nak bersalin sendirian,  hanya berteman suami dan cucu-cucu diperantauan.  Setaip kali mak call,  dia akan bagi penuh nasihat dan menampak kerisauan.  Bukan setakat mak,  ayah jugak yer, walaupun ayah gaya macam tak risau tapi apabila makin kerap dia call semata-mata nak tanya adakah Mr.Y ada di rumah, anak-anak sihat, awak laki bini sihat, doktor kata apa? ia memperlihat kerisauan yang melanda hatinya.... maka setiap kali itu lah kami cakap,  "insyalah tak ada apa-apa,  doakan yang baik-baik dan dipermudahkan sudahlah."

Sebelum tiba saat bersalin,  setiap saat jika teringat atau datang rasa sakit main-main aku titipkan doa agar semua mudah,  urusan anak-anak mudah,  urusan suami mudah, dan jangan lah anak-anak ini menjadi beban orang lain.

Usai bersalinkan anak kali ini,  nikmat Allah amat terasa sehingga terasa menitis air mata. Apa tidaknya,  jam 3.30am  kejut anak-anak untuk dihantar ke rumah pengasuh,  mereka tidak menangis atau meragam. Sampai ke hospital sekitar jam 4.30pagi dan selamat bersalin jam 5.01pagi. Masuk ke wad dalam jam 8.30pagi, Alhamdulillah rezeki dan nikmat Allah lagi terasa apabila dapat keluar pada hari yang sama sekitar jam 3petang. Sementara menunggu kata putus dari doktor sama ada dapat keluar atau tidak, berwassapp dengan Mr.Y. Antara ayat yang Mr.Y adalah "Insyaallah dapat keluar hari ini. Kalau boleh tak nak susahkan orang lain menguruskan anak-anak yang lain. Biar kita sama-sama tanggung kesusahan asalkan tak menyusahkan orang lain."

Mengenang kembali semua perjalanan kali ini, kami mengandaikan bahawa tidak ada doa yang lebih baik dari doa ibu bapa. Kami sentiasa meminta mereka mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Bukan sekadar meminta mereka mendoakan tetapi kami cuba juga memudahkan urusan mereka dan memenuhi setiap keinginan yang mereka mahu.

Jika kita menyenangkan hati orang tua serta memudahkan urusan mereka, insyaallah setiap doa yang keluar dari mulut dan terlintas di hati mereka adalah ikhlas buat kita.

Kami juga amat bersyukur kepada Allah kerana dipertemu dengan insan-insan yang baik dan mudah membantu terutama keluarga pengasuh anak-anak. Bila dah cukup bulan tapi belum sakit lagi mereka siap pesan awal "rasa sakit sikit-sikit terus hantar budak-budak ke sini."  Tapi tak adalah nak hantar bila sakit sikit-sikit, memang saja tunggu sakit betul-betul sebab tak nak lama-lama di hospital. Bermula dengan kelahiran Hana Khadijah, Uwais Aysar dan kali ini Uzayr Aqeeb. Kata orang sukar bersalin di tempat tak ada saudara mara, payah nak mintak tolong. Tapi pada kami, tak kisah dimana kita berada cabaran dan dugaan tetap ada. Tetapi bagaimana kita menguruskan ujian dan menghadapi cabaran yang penting.

Jika kita merantau, fahamilah budaya dan adat setempat, jangan berlaku sombong, seterusnya bergaul baik dengan masyarakat setempat.Insyaallah, apa-apa urusan kita akan menjadi mudah dan dipermudahkan.

 
Sekian saja catatan kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger