Follow Media Sosial

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Lazada

Lazada Malaysia

Sabtu, November 25, 2017

MEGA CUCKOO GIVEAWAY

https://raihanalifestyles.blogspot.my/2017/11/mega-cuckoo-giveaway_23.html
MEGA CUCKOO GIVEAWAY
SYARAT-SYARATNYA :
1. Follow blog ana ANALIFESTYLES.
2. Like Facebook page Cuckoo-Mart CUCKOO-MART
3. Follow Official Instagram Cuckoo-Mart CUCKOOMART.
4.Repost entry ini . Senang je kan? 
5. Tinggalkan link blog korang, instagram dan facebook korang sekali. 
** Special Prizes - Kepada Entry yang paling kreatif, paling menarik / post berkenaan dengan CUCKOO akan memenangi Special prizes kami! Haa apa je hadiahnya?? Shh rahsiaa~ **
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa hadiah yang Cuckoo-Mart sponser untuk pemenangnya ye?? 
HADIAH!
CUTE MUG X 2
Related image
CUTE NOTEBOOK X 2

Image result for CUTE NOTEBOOK
EARPHONES X3
Image result for IPHONE earphones
TABUNG X 2


SMALL NOTEBOOK X 3
Image result for cute small notebook
CUTE EARING X 4
Image result for CUTE EARRING
MAKE UP BAG X3
Image result for MAKEUP BAG
SUNGLASSES X 2
Image result for SUNGLASSES
CUTE MIRROR X 2
Image result for CUTE MINI COMPACT MIRROR
SPECIAL PRIZES X 1 * BEST REPOST BLOG *
Image result for mystery box
RANDOM STATIONERY X 3
Related image
Menarik sangat hadiah-hadiah yang ditawarkan ini. Bertuah kepada yang bakal menang. Kita join sambil diperhatikan oleh anak-anak dara... jangan lupa klik banner di atas untuk join.... kita sama-sama meriahkan giveaway yang dianjurkan....

Pemenang 1st ANALIFESTYLES GIVEAWAY - Buku nota yang comel

Assalamualaikum.....hari ini buka blog pagi2 dah dapat berita gembira.....alhamdulillah dapat hadiah untuk 1st ANALIFESTYLES GIVEAWA. Terima kasih kepada yang menganjurkan giveaway.


Ini lah buku yang bakal kita dapat....

Admin blog ini juga RAIHANA RAMLAN tengah menganjurkan Mega cuckoo Giveaway. Masyallah hadiah-hadiah nya menarik.... nak join klik link ini...
https://raihanalifestyles.blogspot.my/2017/11/mega-cuckoo-giveaway_23.html
tak salah mencubakan...


Ahad, November 19, 2017

Blog Hop Giveaway By Yasmin Aris


Assalamualaikum, kita dapat jemputan untuk join Giveaway by Yasmin Aris. Salah satu syarat dalam Giveaway kali ini adalah "Tulis apa yang memberi inspirasi dalam hidup."

Inspirasiku

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi kedua, inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. Dalam kehidupan ini, inspirasiku berubah mengikut keadaan dan tempat.Kita pergi satu persatu.

Pengurusan kewangan dan ilmu. Sumber inspirasi pengurusan kewangan aku adalah bapa aku sendiri. Bukan kerana dia bapaku tetapi kerana dia adalah insan yang hanya belajar setakat darjah 6. Walaupun belajar hanya setakat darjah 6 tetapi beliau berjaya mewujudkan perniagaan yang bertahan selama lebih 40tahun. Jika anda ke terengganu dan tanya kenal tidak "mohd Yusof tukang Jahit" dikalangan tukang jahit sekitar kuala terengganu, insyalah mereka mengenali beliau. Bagaimana beliau dapat berjaya ialah apabila tidak pernah berhenti untuk mencari ilmu,sama ada ilmu perniagaan atau ilmu kehidupan dan akhirat. Pengurusan perniagaan, pengurusan akaun dan lain-lain keperluan dalam perniagaan diambil dari kursus-kursus luar. Jangan terkejut jika beliau berbahasa inggeris mengalahkan anak-anak yang belajar hingga ke universiti. Ketika aku darjah 6, balik kelas tambahan waktu malam aku terpaksa menunggu dibelakang kelas al-quran dan bahasa arab beliau sehingga habis. Saat anak-anak lain telah tidur jam 12 malam, aku baru nak balik rumah. Selain berjaya dalam pengurusan kewangan sendiri, beliau berjaya mendidik anak-anak untuk mengutamakan keperluan berbanding keinginan. Sejak dari sekolah, segala wang dihulurkan kepada anak-anak akan diminta perincian bagaimana wang digunakan. Bukan sekadar tanya tetapi direkod dalam buku. Ini mengajar kami anak-anak untuk lebih menghargai setiap nilai duit yang dibelanjakan.

Pendidikan anak-anak. Aku ada seorang mak saudara yang hanya bekerja sebagai suri rumah. Memiliki anak seramai 10 orang, 8 lelaki dan 2 perempuan. Apa yang menjadi inspirasi adalah bagaimana beliau mendidik kesemua anak dengan akidah yang mantap dan berjaya semuanya.

Photography dan design. Sumber inspirasi adalah keinginan pelanggan dan sesuatu yang menjadi trend semasa. Selalunya inspirasi designing akan muncul saat awal pagi ketika semua sedang tidur.

Hubungan sesama insan. bagaimana kita berhubung dengan insan lain memberi gambaran tentang diri kita. Apatah lagi jika diperhatikan oleh anak-anak.... Insan bernama rodziah abbas atau mayuni banyak mengajar topik ini saat aku masih bujang, tetapi ilmu ini amat berguna selepas berkahwin, ada anak dan mertua disamping kawan-kawan dan saudara mara. Antaranya:
  1. Jangan mengeluh menjaga dan memnuhi keinginan orang tua terutama ibubapa kita dan mertua kita. Kerana kebahagian rumah tanggan kita terletak pada redha dan restu orang tua.
  2. Saat suami lagi marah atau mood tidak bagus, jangan keluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati atau membuat sesuatu yang boleh membangkitkan lagi kemarahan.
  3. Dalam perhubungan suami isteri tidak boleh 2-2 banyak bercakap pada masa yang sama terutama didepan anak-anak. Seorang perlu menjadi pendengar. Ini penting supaya anak-anak belajar menghormati orang yang sedang berucap.
  4. Abaikan mulut-mult yang bercakap sesuatu tidak elok tentang kita atau insan lain, lebih baik digelar kera sumbang daripada berkumpul mengumpul dosa.
  5. Jangan ungkit apa yang kita korbankan demi insan yang kita sayang.
  6. Bantu kawan ikut kemampuan, jangan sampai kita sendiri terbeban. 
Rasanya setakat ini jelah karangan inspirasiku hari ini. Matahari pun telah menampakkan diri, maka jom lah kita buat sarapan  untuk perut-perut yang bakal bangun sekejab lagi. Apa menu sarapan hari ini....?

Selasa, November 14, 2017

Majlis Ihtifal Dan Khatam Al-Quran (KAFA) 1439H/2017

Assalamualaikum....hari ini saya nak cerita serba sedikit tentang penglibatan saya dalam majlis Ihtifal Dan khatam Aenda L-quran. Sebenarnya majlis ini adalah agenda utama KAFA setiap tahun sejak tahun 2013, tetapi penglibatan saya sekadar dibelakang tabir...(nama tak pernah ada dalam buku program..hahaha...)

Nak dijadikan cerita tahun ini terlibat secara aktif. Bermula daripada menjadi setiausaha bidan terjun.  Maka anak-anak selalu kena tinggal dengan pengasuh sampai lewat petang pada hari-hari menghampiri majlis.

Pada mulanya ingat hari majlis Mr.Y ada di sibu, tapi tak jangka saat-saat akhir Mr.Y terpaksa ke KL atas urusan lain. Maka perancangan berubah daripada tinggalkan anak kepada Mr.Y, kepada pengasuh, tetapi pada hari kejadian terlewat pulak bergerak keluar, buku program masih ada bersama...untuk elak kecelaruan dan kekalutan pada AJK lain, saya buat keputusan untuk hantar buku program dahulu ke Dewan Kompleks Islam. Maka sampai sana...semua anak-anak ikut turun, dan timbul perasaan malas nak patah balik hantar budak-budak ke rumah pengasuh.

Maka bermulalah kami empat beranak berada di dewan sepanjang majlis. Bagaimana saya uruskan anak-anak sambil melakukan kerja. Alhamdulillah, anak-anak jenis dengar kata dan tak banyak ragam. Semua duduk setempat bersama bekal yang disediakan. Ada juga lah guru-guru KAFA lain main dengan mereka tetapi apabila diajak berjalan atau ikut kemana-mana, mereka tak ikut tanpa izin dari mak nya dulu. Ini memang dilatih dari mereka kecil untuk minta izin kemana-mana atau ikut siapa. Pernah suatu ketika kami memarahi anak-anak kerana mengikut pak saudara tanpa pengetahuan kami. Bukan kami tak bagi tapi pada kami biar kami tahu dimana dan dengan siapa keberadaaan mereka. Memarahi perlu dengan alasan dan sebab yang jelas, terang sehingga mereka faham, ini penting supaya mereka ingat dan tak ulangi.


Bermula dari bertolak ke Dewan sampai saat nak pulang, uwais asyik makan, Last sepruh perjalan balik dia tidur.

majlis khatam, gimik perasmian, kad undangan dan buku program.

Kad undangan dan buku program hanya design yang simple aku buat. Kekangan masa tak dapat nak buat yang lebih baik. Sekadar menggunakan publisher. Jika sebelum-sebelum ini kad undangan dan cover buku program akan guna adobe photoshop.

#tempahankadundangan