Ahad, Ogos 27, 2017

Dia Lelaki Itu...

Hasil utama balik kampung sewaktu Hari raya yang lepas adalah sesi berborak dengan lelaki di atas. Balik ke Sibu, Mr.Y kata "awak catat perjalanan hidup ayah agar menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua. Perjalanan hidup ayah menggambarkan kisah hidup insan berjaya, seorang yang tidak memiliki apa-apa sijil kelulusan akedemik tetapi berjaya membentuk perniagaan yang bertahan sehingga kini iaitu hampir 40 tahun bersama anak didik yang berjaya membentuk perniagaan sendiri." Aku membalas "Insyalllah."

Sebenarnya kalau nak tulis kisah hidup lelaki ini amat panjang dan penuh berliku. Dari zaman sekolah rendah dia menceritkan kisah hidup dahulu secara tidak langsung mengajar anak-anak menghargai setiap titis peluh yang menitis. Dulu aku rasa dia seorang yang kedekut dan berkira, tapi kini aku faham kenapa dia buat semua kira-kira dan catat semua perbelanjaan kerana dalam perniagaan kita perlu tahu aliran wang kemana. Bukan hanya dalam perniagaan dibuat malahan dalam kehidupan berkeluarga, ia penting untuk elak keluarga megalami masalah kewangan runcing pada masa hadapan. Setiap kali aku bagi tahu Mr.Y atau aku pergi kursus kewangan atau perniagaan, maka dia akan cakap "MOLEK..MOLEK...jangan behenti cari ILMU."

Rasa-rasa kalau nak tulis pasal MOHD YUSOF TUKANG JAHIT perlu emosi dan minda yang tajam.... Insyallah...

4 ulasan:

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger