Ahad, Mei 21, 2017

Idea, bakat & masa.

Idea...
Adakala ia datang saat tidak sepatutnya. Adakala ia tidak muncul-muncul. Adakala customer menyatakan mereka mahu yang begini-begini. Ok, mereka menyatakan keinginan. Kami memerlukan idea yang sepadan untuk menrealisasikan keinginan mereka. Untuk mendapat idea bukan sekadar akal kena cergas tetapi juga memerlukan pembacaan dan pemerhatian. Adakala tengah berborak idea boleh datang. Apa yang perlu dilakukan jika idea datang tiba-tiba buat sedikit lakaran pada note book atau paling tidak dalam handphone. Idea adalah suatu kreativiti.

Bakat
Bakat adalah anugerah sang pencipta kepada kita, Tak semua orang memiliki bakat yang sama. Ada yang diberi kelebihan dengan bakat yang pelbagai tetapi ada juga yang hanya memiliki satu bakat. Apa pun bakat adalah kemahiran yang boleh di asah. Anda tidak tahu mengarang tetapi jika anda sering membaca dan cuba mengarang tidak mustahil anda akan menjadi penulis atau novelis terkenal. Bakat adalah suatu kemahiran yang memerlukan kerajinan kerana ia bisa tumpul dan bisa tajam.

Masa
Ini adalah cabaran paling besar buat sesiapa sahaja. Tak kira apa title anda ada. Masa sepatut diurus dengan bijaksana. Bukan sekadar untuk menyiapkan tempahan tetapi juga masa untuk memahami konsep serta pengurusan keluarga.

 Kenapa Harga Design sahaja dah mahal... belum masuk harga produk?
Apabila ada yang bertanya seperti ini, anda perlu kira 3 hal di atas. Itu belum termasuk dengan kos wang dikeluarkan untuk mempelajari sesuatu design.

2 ulasan:

  1. oooook faham dan setuju....part masa tu paling mencabar ekceli

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik