Selasa, April 25, 2017

Resepi: Ayam Panggang @ Ayam Percik Terengganu

Assalamualaikum, kali ini saya kongsikan resepi ayam panggang turun temurun keluarga saya. Bakar atas arang tempurun dan sabut kelapa memang sedap. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan tapi kali ini saya bagi yang paling senang dan tak banyak karenah.


Bahan-Bahan


  • Setengah ekor ayam (potong 2)
  • 1batang Serai (ketuk)
  • 2ulas bawang merah*
  • 1ulas bawang putih*
  • 1/2 " kunyit hidup*
  • 1/2 " halia *
  • sedikit Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • santan (guna 1/2 kotak santan segera yang kecik)
  • 1 keping asam keping/ sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan cili giling/kering kisar


Cara-cara 

  • Ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-biar sekejab
  • Tumbuk semua bahan bertanda
  • Ayam dan serai masuk dalam kuali, letak air sedikit dan biarkan sehingga masak.
  • Setelah ayam masak, keluarkan dan letak pada pemanggang. 
  • Masukkan bahan tumbuk serta cili giling kedalam kuali yang masih ada air rebusan ayam dan serai tadi.
  • Biar didih  sebentar masukkan asam keping dan santan.
  • Perasankan, dah elok kuah pekat cantik boleh tutup api dan letak tepi.
  • Ayam dipanggang sehingga terbit minyak.
  • Curah kuah yang telah masak keatas ayam dan panggang lagi.
  • Ulangi langkah diatas sehingga dapat rupa ayam panggang ikut selera mata memandang. (pada aku nampak berminyak dan rangup sikit dan ok)
  • Akhir hidang  bersama kuah dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas serta ulam timun.

Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger