Rabu, Mac 08, 2017

Tempat Makan Sibu: Gerai Cakoi Batu 8

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hampir setiap kali balik dari kelas KAFA, kami akan singgah gerai ini untuk beli kuih. Gerai ini terletak di tepi jalan hadapan surau al-mustaqim. kira dalam perjalanan nak ambik anak-anak dari rumah pengasuh kita singgah beli bekal dalam kereta dahulu. bekal untuk ambik abi pulak ye.
Antara kuih yang jadi kegemaran anak-anak adalah karipap, cokodok dan donut. tapi banyak lagi kuih lain yang dijual. seperti tajuk gerai, kuih utama adalah cakoi. Kata mereka yang pernah makan cakai disibu..cakoi batu 8 paling best... saya tak tahu samaada ia boleh lawan cakoi McD atau tidak sebab dah bertahun kami tak makan product McD.
Beberapa minggu lepas Mr.Y bagitahu yang owner gerai (apandi) nak order banting. Kami bincang suami isteri, tuan kedai ini suka bersedekah dan selalu bagi makanan lebih kalau kami beli. maka keputusan diambil kami bagi harga istemewa. semoga murah rezeki mereka anak beranak.

5 ulasan:

Sila komen yang baik-baik