Isnin, Februari 13, 2017

Tips berpantang sendiri.

Assalamualaikum, baru-baru ini menjadi tular kisah ibu mengkelar leher anak. Ibu yang baru habis berpantang dikatakan telah mendengar bisikan halus. Apa pun anak yang terkorban pasti ahli syurga.

Maka heboh di media sosial pasal jenis meroyan dan ciri-ciri wanita yang terkena meroyan ini. Mula-mula memahami bahawa meroyan ada banyak jenis sewaktu berurut dengan seorang mak cik taman permain. Dia menceritakan meroyan urat dan meroyan angin.

Meroyan adalah hasil daripada tekanan perasaan dan kepenatan badan yang amat sangat. Apabila ibu baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kepenatan yang amat dirasakan menyebabkan dia mudah mengalami tekanan perasaan terutama jika mempunyai anak yang kuat menangis. Saat ini sokongan orang sekitar amat penting terutamanya suami. Adakala kata-kata semangat cukup, tetapi adakala tindakkan lebih baik.

 Ini adalah perkongsian pengalaman berpantang sendiri sebanyak dua kali... (macam banyak sangat je kan). Untuk pengetahuan semua, setiap kali berpantang aku diserang demam yang agak tinggi bermula dengan pantang anak sulung sehingga anak ke-tiga. Alhamdulillah suami amat memahami, saat ini semua urusan rumah dia akan ambik alih kecuali susukan bayi. Berpantang sewaktu anak sulung banyak dijadikan panduan buat berpantang anak-anak seterusnya. Jom lihat tips berpantang sendiri oleh saya...

  1. Sentiasa berzikir, kita dah tak boleh solat dan baca quraan, maka surah hafazan dan zikir-zikir menjadi maianan di mulut.
  2. Kalau boleh sepanjang berpantang elakkan buat kerja rumah, biar suami buat semua. Ini masa kita jadi permaisuri bagi arahan dan duduk tengok sahaja, jika ada anak-anak yang atas dari bayi baru lahir pun biar suami uruskan. 
  3. Setiap masa kalau boleh pasang orang mengaji atau berzikir. Ini aku buat setiap hari setiap masa kecuali waktu tidur.
  4. Jaga pemakanan, jangan makan benda berbisa dan boleh jadi masalah kepada sistem penghadaman. Bukan penghadaman kita sahaja tetapi juga bayi. Penting juga jaga pemakanan anak-anak yang lain kerana kita tak nak waktu berpantang anak-anak lain jatuh sakit. Kalau dapat bagi supliment bagi.
  5. Jangan malas nak mandi walaupun berpantang, pastikan mandi air panas (seelok disediakan oleh suami) untuk 2 minggu pertama dan mandi bukan waktu malam. 
  6. Bertunku dan berbekung juga penting...memang apabila pantang sendiri kita terbatas untuk buat semua ini. terutama jika ada kanak-kanak. Apa pun cuba juga buat.(kadang aku dah tertidur skali rasa mcm panas2 kat tapak kaki...rupanya Mr.Y tolong tunku kan wife dia, mmg aktiviti panaskan tuku kerja Mr.Y)
  7. Pastikan cukup tidur kerana ia mengembalikan tenaga. (berpantang anak pertama, baby asyik nangis malam, aku dibiarkan tidur dengan lena, sementara anak yang menangis di layan oleh suami serta ibubapa).
  8. Memang saat berantang ibu tidak boleh buat aktiviti luar. Anak-anak pasti bosan, maka wujudkan lah aktiviti yang menyeronokan dirumah. 


2 ulasan:

Sila komen yang baik-baik