Sabtu, Februari 18, 2017

RESEPI PAU CENDAWAN

Bahan-bahan inti Pau Cendawan

1 bji bawang holand
5-7 cendawan shitake
1sudu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 cawan susu cair
3 keping keju cheesedale (nx time nak letak)
1biji carrot parut jugak
Satu sudu kecil serbuk ayam knorr

Cara-Cara 

1. Tumis bawang sampai layu,
2. Masukkan ayam tggu separuh masak
3. Lepas tu masukkan susu cair tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....

Untuk bancuhan coklat

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat  dan tak cair sangat.

Untuk Doh

2 cawan tepung pau/gandum
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
2 sudu yis
1 sudu besar shortening (ganti dgn minyak)
2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih. Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit.
Dah rehat dan kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10. Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
Doh yang korang bahagikan tadi boleh la isi dgn inti. Dah isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus. Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain. Kukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik