Selasa, Januari 17, 2017

Suri rumah pun boleh beli rumah lah!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi, salah satu keinginan dunia yang aku nak adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah atas nama sendiri. Ini adalah impian kami suami isteri, rumah pertama adalah untuk kegunaan orang tua kami. Manakala rumah kedua dan seterusnya adalah sebagai aset untuk hari tua kami. Ayah & cik pesan:

"Simpan harta masa muda untuk kegunaan hari tua, jangan menaruh harapan anak-anak akan bantu kita nanti kerana kita tidak tahu kehidupan mereka nanti. Waktu tua bukan waktu untuk bersungguh-sungguh bekerja sebaliknya adalah waktu untuk belajar dan menambah amal."

Bermula hujung tahun 2015 kami jadi pengikut rasmi en.Zaidi Ismail, seorang pakar pengurusan kewangan. Alhamdulillah hasil ilmu yang dipelajari hutang kereta yang sepatutnya langsai padaa 2018 berjaya kami langsaikan awal tahun 2016, manakala bayaran ansuran bulanan ptptn RM200 sebulan berjaya dikurangkan kepada RM100 sebulan hasil penstrukturan semula pinjaman. Mesti ada yang kata kenapa kurangkan bayaran dan panjangkan tempoh, jawapan kami supaya kami dapat fokus kepada bayaran hutang yang lebih besar interestnya. PTPTN kami sudah ujrah dimana hanya 1% interestnya sedangkan hutang bank interest boleh mencecah sehinggah 6%.  Walaupun kereta telah habis bayar tetapi ansuran bulanan kereta kami tetap anggap bayar dengan memasukan wang ansuran bulanan ke dalam akaun tabung haji. Secara logik simpanan bulanan akan bertambah. Kenapa perlu pindah ke tabung haji tetapi tak guna untuk belanja bulanan. Kenaikkan gaji dan langsai satu hutang bukan bonus untuk tambah belanja bulanan. Sebagai surirumah aku tak perlukan belanja bulanan yang besar, cukup sekadar suami membayar insuran bulanan aku. Manakala barang dapur adalah bawah tanggung jawab suami untuk beli setiap minggu.

Ok, cukup-cukup mengarut, jom kembali kepada tajuk pasal suri rumah pun boleh beli rumah. Sebenarnya ia adalah post FB Tuan Zaidi ismail dan Mr.Y tag aku. Supaya tak hilang maka share kat sini. Kata impian nak miliki rumah sendiri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger