Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger