Khamis, Januari 05, 2017

Insan kaya berjaya

Assalamualaikum dan selamat petang. Siapakah insan kaya yang berjaya? Adakah anda juga ingin mendapat gelaran begitu? Mahukah anda saya ceritakan ciri-ciri insan kaya berjaya.

Insan kaya adalah bukan hanya yang kaya harta tetapi dia kaya budi dan ilmu. Manakala insan yang berjaya adalah mereka yang mampu mencapai segala impian yang ditanam serta mampu juga mengawal emosi.

Ramai antara kita memandang sesuatu sekadar fizikalnya, kita nampak dia pakai kereta besar duduk rumah mewah tapi tahukah kita bahawa kereta tersebut dan rumah tersebut masih lagi dibawah annsuran bulanan. Kita perhatikan dia tinggal rumah flat, pakai kereta biasa, tetapi semua adalah hak milik sendiri. Agak-agak siapa yang hidup lebih tenang? yang masih di bebani hutang atau yang bebas hutang?

Ada yang pekerjaannya bagus berpangkat besar di pejabat tetapi apabila pulang kerumah anak isteri dimarahi kerana tekanan kerja yang banyak dipejabat tak mampu ditinggalkan. Manakala ada yang pangkat besar juga, orang bawahan ramai, pelanggang yang banyak tetapi apabila pulang melihat isteri dan anak-anak, dia boleh sama bergumpal berlari dan melompat. Inilah insan yang berjaya mengasingkan masalah kerja dan rumah.

Itulah  serba sedikit cerita insan kaya berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email