Jumaat, November 25, 2016

5SEBAB KENAPA SURIRUMAH PERLUKAN INSURANS



Insurans adalah komitmen pertama yang saya ambil selepas dapat dapat kerja. Ptptn belum dapat kerja dah kena bayar.  Kenapa? Sebab saya risau jika apa-apa berlaku saya akan membebankan orang yang saya sayang. Masa tue risau susahkan mak ayah. Ye lah belajar bertahun dah susahkan dorg, tak kan dah kerja tetiba jadi perkara yang tak diingini nak susahkan dorg lg.

Sekarang saya kerja biasa2 sahaja, kebanyakan masa duduk rumah. Setiap bulan saya sekadar minta suami bayar insurans sahaja. Jika ada pemberian wang atas tangan saya anggap itu bonus. hehehe...

Kenapa saya masih meneruskan pengambilan insurans walaupun dah tak bekerja bidang berisiko tinggi seperti dulu dan suami seorang penjawat awam.

1. INI KERANA KOS PERUBATAN MAKIN TAHUN MAKIN MENINGKAT

2. INI KERANA UNTUK DAPAT RAWATAN PERCUMA DI HOSPITAL KENA MENUNGGU GILIRAN

3. INI KERANA SESETENGAH UBAT PERLU DIBAYAR SENDIRI KERANA HARGA YANG MAHAL

4. INI KERANA APABILA SAKIT MUNGKIN SAYA HILANG UPAYA UNTUK MENCARI PENDAPATAN SENDIRI

5. INI PALING PENTING, SAYA TAK NAK ORANG YANG SAYA SAYANG MERASA TERBEBAN JIKA SAYA DITIMPA MUSIBAH.

INI BUKAN BERFIKIRAN NEGATIF, TETAPI INI ADALAH LANGKAH PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger