Ahad, Jun 05, 2016

Resepi Som Tam -Sibu Style

Assalamualaikum,  insyalah esok kita akan menyambut 1Ramadhan1437H. Sekejab je dah setahun berlalu ramdhan 1436H.  Maka untuk makan malam sehari sebelum ramadhan ni kita buat lah som tam.

Sebenarnya menu tak di rancang ni.  Dekat rumah ada beberapa biji mangga muda pemberian kawan opis Mr.Y...Tengah masak kari ayam permintaan si kakak duk fikir apa lah nak buat dengan mangga muda ni. Nak buat makan cicah saja jgn harap lah Mr.Y dan anak2 nak makan... mereka bukan makan masam2 ni. Makan colek sorg2 tak best. Maka terlintas... eh..eh.. mangga muda boleh buat som tam ni...

Siap semua ready nk dinner, aku bg uwais makan sambil Mr.Y layan hana & humaira makan nasi. Eh..eh...bertambah lak makan..selera je nampak... ini yang x sabar nak makan ni. Yes...rasa kena... sedap nyer....

RESEPI UBAH SUAI
1biji mangga muda (separuh sagat & separuh racip)
1btg kacang panjang
1biji cili hidup
1ulas bawang putih
1biji limau kasturi
1/4 biji tomato
1bungkus kecil kacang tanah (15g)
Sedikit garam
Sedikit gula perang
Sedikit serbuk ikan bilis

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih & cili hidup bersama garam & gula agak lumat.
2. Masukkan kacang panjang, tomato, kacang tanah & serbuk ikan bilis.
3. Last sekali masukkan mangga dah gaul sebati & hidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger