Khamis, Jun 30, 2016

Program Buka Puasa

Assalamualaikum dan salam sahur....

Alhamdulillah semalam dapat join program buka puasa yang diadakan di surau al-mustaqim. Kali ni kami bawa juadah berbuka bersama. Selalu kalau bawa juadah ke surau saya akan masak kuih atau pemanis mulut. Tetapi kali ni Mr.Y kata tak nak puding karamel. Ok,  sehari sebelum nya saya buat bubuir butir nangka. kata Mr.Y...buat bubur tue pun ok...TAPI mana ada tepung pulut nak buat lagi...

Petang sebelum MR.Y balik, saya suruh dia beli je juadah untuk dibawa ke surau. Tapi Mr.Y cadang buat sambal tumis telur rebus. Maka dengan gembira hati ini kata ok. Kira ini adalah kali pertama saya bawa lauk ke surau untuk dimakan bersama jemaah lain. Alhamdulillah, Mr.Y memang suka sambal. Setidaknya ada satu menu kegemaran Mr.Y untuk berbuka...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email