Khamis, April 07, 2016

Krabi 4 - 27/3/2016

Sambungan kisah Krabi, hari ke-tiga dengan baki perbelanjaan sebanyak 12,362THB.

Memasuki hari ke-3, awal aku bangun dan bersungguh mengetuk pintu bilik Anisah. Konon nak pergi beli sarapan sama-sama. Mr.Y jaga anak-anak yang masih tidur. Ketuk-ketuk tak buka...akhirnya minta tolong atuk nenek tengok cucu sementara aku dan Mr.Y pergi beli sarapan. Baru jalan separuh nampak Anisah bersama ayah & ummi balik beli sarapan.. patutlah ketuk pintu bilik tak buka, dah jalan awal rupanya.

Tahu apa ni, ini lah nasi kerabu patani. Lain-lain menu sarapan adalah seperti nasi ayam dan sedikit kuih muih. Total perbelanjaan untuk sarapan pagi hari ke-3 adalah  600THB

Selesai sarapan, kami semua menanti van datang ambik untuk lakukan aktiviti hari tersebut. Pakej ini kira 3000THB untuk satu van yang dapat memuatkan 13orang dewasa bagi melakukan tour ke emerald pool, hot stream, tiger temple dan elephant ride. Mula-mula kami semua pergi ke emerald pool. Kos nak masuk emerald pool adalah 200THB setiap seorang, so total bagi 11orang adalah 2200THB. Kanak-kanak percuma. Jarak antara pintu masuk dengan kawasan kolam mandi adalah 800meter, kalau nak ke blue pool jalan lagi 800meter. Pendapat peribadi, tempat ini tak sesuai untuk orang tua dan kanak-kanak bawah 7tahun kerana jauh perjalanan. al-kisah, abah berhenti 3 kali sepanjang perjalanan nak ke kolam dan perjalanan turun kembali pok ta terpaksa dukung humaira kerana mereka kepenatan.

Lihat jarak perjalanan 800meter. last jungle tracking zaman universiti dulu.
Ha...kan nenek dan kena ambik ranting kayu untuk jadi tongkat.
Family photo dulu sekeping
Ada beberapa patung gajah nak masuk emerald pool ni.

Kolam mandi yang licin dan penuh dengan orang..huhuhuhu...

Abi kena kontrol anak-anak mandi di ruang cetek.

Blue pool, jalan lagi 800meter. nak sampai tetapi air nya memang biru. 
Gigih kami bertiga panjat ke atas nak tengok blue pool. Ada pulak pakcik yang baik sedekah duit 20THB dekat baby uwais. Dalam perjalanan nak turun jumpa pulak dengan Kak Nor dan Kamal.
Selesai ke emerald pool, kami kembali ke van untuk ke destinasi seterusnya iaitu hot stream. Kos masuk hot stream adalah 1010THB.  Suhu air kat sini mencecah 40darjah celcius katanya...Jarak perjalanan adalah dalam 120meter.

Orang lain dah mandi tadi, kami sibuk panjat nak tengok blue pool. Maka kami mandi di sini.

Abi & humaira teman nenek rendam kaki dalam air panas.
 Selesai dekat hot stream, semua betul-betul dah penat dan masuk van. Mr.Y bagitahu dekat pemandu untuk terus pulang tetapi pemandu tak faham pulak bahasa oputih or bahasa melayu, kami pulak tak paham bahasa thai, Maka pemandu bawa ke tiger temple...semua tengok dari luar dan cakap lagi sekali balik hotel, tapi di bawa ke kawasan elephant. Kos nak naik gajah adalah 450THB. Time ni anak-anak semua dah tertidur. Maka kali ni betul dibawa kami pulang ke Krabi nemo house. Balik hotel mana yang lapar pergi cari makan, mana yang penat terus masuk bilik mandi, solat & tidur.

Petang lagi sekali Mr.Y contact abg sobri untuk bawa kami ke tempat jual t-shirt krabi murah dan krabi night market. Kira ni saat-saat akhir untuk shopping. Kos pengangkutan adalah 1000THB. 

Ini lah tempat jual t-shirt murah..harga boleh dpat serendah 100THB sehelai
Sweet potato di Kabi @ krabi night market
Taka tao @ Krabi night market
Pasangan ini tidak join kami ke krabi night market, mereka menyewa skuter untuk pusing-pusing pantai aonang.
Business kad abg sobri & Kak ana
Selesai ke krabi night market kami terus berhenti di kedai makan untuk makan malam di kedai yang sama dengan malam sebelumnya, Konon nak test kedai sebelah tapi tutup pulak dah. Kos makan malam kali ni adalah 951THB. Tamat kisah hari ke-3. Jom tengok dulu total perbelanjaan untuk hari ke-3.

600+2,200+1,010+3,000+951+1,000 =  8761THB

Baki : 12,362 THB - 8,761THB =  3,601THB

Ikuti kisah Krabi 5 untuk sambungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik