Khamis, Februari 11, 2016

Masa & kewangan adalah dua hal penting yang perlu diambil kira dalam memenuhi undangan perkahwinan.

Assalamualaikum... 

Semoga semua berkeadaan baik-baik saja. Hari ini nak cakap tentang topik memenuhi undangan perkahwinan. Apa yang tercatat ini adalah pendapat dan pengalaman sendiri. Maka di harap mana yang baik dan berguna ambillah sebagai panduan, yang buruk dan tak elok buang jauh-jauh.

Kita faham dan tahu memenuhi undangan perkahwinan adalah wajib. Tetapi pada aku kewajipan memenuhinya boleh menjadi harus dan seterusnya haram. Bagaimana ia menjadi wajib? Bagaimana ia menjadi harus? Bagaimana ia menjadi haram?

Memenuhi undangan perkahwinan menjadi wajib apabila dalam 3 situasi berikut: 
  1. sihat tubuh badan, 
  2. jarak tempat majlis dengan tempat kita tak jauh 
  3. kita tiada urusan yang lebih utama.

Ia boleh menjadi harus pula dalam 4 situasi berikut: 
  1. sakit badan skit2, 
  2. kita memiliki beberapa undangan pada hari tersebut (ya lah, mana nak kejar kalau dapat 5undangan 1 hari), 
  3. kita mempunyai urusan yang lebih penting tetapi boleh mencuri masa untuk menghadiri undangan tersebut 
  4. jarak tidak menjadi masalah pada kita. 

Ini paling berat, ia menjadi haram untuk aku penuhi apabila kita berada dalam 3 situasi berikut: 
  1. diri sendiri sakit tenat atau sedang jaga orang sakit tenat, 
  2. ada urusan yang lebih penting yang tak dapat nak elak  
  3. last skali jarak yang amat jauh.

Apa yang penting jarak undangan dengan tempat kita berada? Apabila bicara pasal jarak akan melibat 2 hal yang amat penting iaitu MASA & KEEWANGAN.

Adakala untuk memenuhi undangan perkahwinan kita terpaksa bercuti untuk melakukan perjalanan. Contoh kita duduk selatan, saudara kahwin di utara. Sah-sah kena ambik cuti hari Jumaat jika majlis tersebut pada hari Sabtu. Masa untuk perjalananlah katakan. Kalau cuti banyak ok lah.... kalau cuti cukup-cukup makan, faham-fahamlah.. terutama yang ada anak. 

Bila perjalanan jauh, poket kena berisi juga.. ye lah nak isi minyak kereta, nak behenti makan dekat RnR dan lain-lain. Ini bermakna kalau nak menghadiri majlis perkahwinan yang jauh kena rancang awal. Pastikan wang perbelanjaan bulanan tak terusik walau satu sen. Ok ada yang bijak guna duit simpanan untuk memenuhi undangan perkahwinan. Tindakkan ini amat merbahaya. Bayangkan kamu memenuhi undangan perkahwinan saudara dengan menggunakan wang simpanan, balik rumah kamu dapat panggilan pakcik kamu dikampung meninggal...tak kan tak nak balik.. dah jadi dua kali balik. Duit simpanan dah guna untuk perjalanan ke rumah kahwin saudara. Mana nak cekau duit ni, nak balik kampung. Kesudahan guna kad kredit dan berhutang...

NO! NO! NO! 

KITA KALAU BOLEH TAK NAK ADA HUTANG NEGATIF

Ps: sekadar perkongsian pengalaman kami sekeluarga. Kami berada jauh di bumi sarawak, saudara mara semua berada di semenanjung. Ada di KL, ada di terengganu dan ada di melaka. Memang sepanjang berada di perantauan kami tidak pernah balik untuk memenuhi undangan perkahwinan. Jika kebetulan kami balik ada majlis kawen, kami akan penuhi undangan tersebut. Kenapa kami tidak pernah balik untuk memenuhi undangan perkahwinan. Kerana kami memikirkan wang yang ada untuk kegunaan kecemasan. Kami mengambil ikhtibar dari kisah yang berlaku dalam hidup kami pada 2012. Kisahnya hujung tahun 2012 kami mendapat perkabaran arwah ibu masuk icu. Dah mak sendiri masuk icu, waktu itu juga nak balik tengok. Nak balik Terengganu kena naik kapal terbang & kereta. Petang tersebut Mr.Y terus beli tiket flite untuk satu keluarga menggunakan wang simpanan tabung kecemasan dan ditopup dengan simpanan lain. Ketika itu kami masih bertiga.. Banyangkan harga tiket flite apabila beli on the spot. Jika kecemasan berlaku pada waktu sekarang atau akan datang harga pasti melambung lagi, yelah sekarang kami dah berlima. Ini nama nya kecemasan. Saat-saat begini juga penting untuk setiap keluarga ada tabung kecemasan. Kecemasan adalah suatu situasi yang kita tak rancang. 

Tetapi berbeza dengan perkahwinan. Ia bukan suatu kecemasan kerana dirancang berbulan2 bahkan ada yang bertahun lebih awal. Maka jika ada sahabat sudah mula merancang perkahwinan sila lah bagitahu kami seawal yang boleh. Seawal yang boleh itu bukan sebulan atau dua bulan sebelum majlis tetapi setahun sebelum majlis kalau dapat. Insyalah, jika ada tiket yang murah kami akan memenuhi. 

Maka fikirkan lah sendiri mana yang wajar, membebankan keluarga memenuhi undangan perkahwinan yang berada dalam kategori haram atau membuat persediaan untuk hal kecemasan.

Jika tak dapat jumpa mereka sewaktu mereka berkahwin, insyalah raya akan datang kita akan berjumpa. Tetapi jika tidak pulang untuk kematian, sudah pasti kita tidak akan bertemu lagi di dunia. Untuk bertemu di akhirat bukan suatu jamianan. Kerana di akhirat kita tidak tahu kemana akan kita tuju.

Semoga bermanfaat.
Gambar sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik