Ahad, Januari 17, 2016

HUKUM SENTUH SUAMI & ISTERI KETIKA BERWUDHU' APAKAH WUDHU' BATAL?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.
Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,
1) Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah
2) Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah
3) Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR
Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada  ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ أَوْ لاَمَسْتُم النِّسَآءَ ".....atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu".
Yang kedua, pekataan لاَمَسْتُم menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah "JIMAK" . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid). 
Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-
Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).
Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.
Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah n dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).
Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat  bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).
MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh  Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.
Kadang2 ada insan yang dia x dpt yakin serta ragu dengan dalil dan tak dpt nak terima kenyataan yg benar bahawa sentuhan suami isteri itu telah disepakati secara jumhur ia tidak membatalkan wudhu' disebabkan masih aktif lagi adat pembatalan air di dalam majlis pernikahan.
Namun untuk mereka2 ini kita cuba bantu untuk jelaskan secara logik akal. Katakan kpd mereka apakah itu mahram? Mereka akan yakin utk mengatakan bahawa mahram itu adalah orang2 yg tidak haram jika kita melihat aurat serta bersentuhan dgnnya serta tidak batal wudhuk jika bersentuh. Jadi apakah isteri itu bukan mahram sedangkan kita boleh melihat keseluruhan auratnya serta menggaulinya? Maka sekiranya kita boleh melihat auratnya , halal menyentuh serta menggaulinya mana mungkin batal wudhuk jika menyentuhnya.
Maka dengan penjelasan logik akal  ini telah membuktikan bahawa adat pembatalan air sembayang di dalam majlis akad nikah itu tersangatlah tak logik.
Copy paste whatsapp...

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum....

    terima kasih sudi berkongsi ilmu nie..

    mselim3

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum....

    terima kasih sudi berkongsi ilmu nie..

    mselim3

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik