Rabu, September 26, 2012

IMAN


Melihat kepada tajuk pasti sudah ramai yang faham apa yang hendak diperkatakan dalam catatanku kali ini. Bukan ingin bercerita tentang perhimpunan aman atau bantahan aman yang di anjuerkan oleh pihak-pihak tertentu atau rusuhan serta pembunuhan yang dilahukan oleh mereka yang marah dan tidak puas hati apabila Kekasih Allah dihina dan diperkecilkan. Apa yang ingin dicatat adalah tentang adalah bagaimana Rasulullah bereaksi apabila dihina dan diherdik.

Alhamdulillah, sempat juga beli majalah IMAN sementara menunggu untuk menaiki pesawat balik ke Sibu… Banyak isu menarik dalam keluaran kali ini. Antaranya: Siapa golongan Utrujah, Raihanah, Kurma & Peria… 12 sifat sahabat sejati…. Ada apa dalam kaabah… Dan yang pang menarik adalah bermaafan agar pahala tidak dicuri serta kisah Rasulullah benarkan yahudi tinggal di rumahnya…

Setelah dibaca dan difahami, maka terfikir akan situasi semasa dimana umat islam diserata dunia melakukan pelbagai cara untuk menyatakan kemarahan dan ketidakpuasan hati apabila filem anti-Islam Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo disiarkan. Lupakah kita kepada saranan Allah dan rasulnya, menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan adalah lebih baik.

              “Sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepdanya, maka pahalanya dijamin oleh 
              Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada 
orang-orang yang berlaku zalim.” (Surah Al-syura:40)

Masih ingat kah kita akan kisah Rasulullah dan perempuan tua. Perempuan tua yang selalu mengganggu perjalanan Rasulullah untuk berdakwah. Tetapi Nabi Allah ini tidak pernah memarahi perempuan tua itu, bahkan apabila perempuan itu sakit, Baginda pergi menziarahinya. Dalam IMAN edisi kali nie ada lagi satu kisah tentang sifat rasulullah yang satun… Boleh baca di m/s78, IMAN Bil No.7…

Ini contoh saja... edisi 7 gambo lain...
Secara ringkas dari pembacaan dan pemahaman yang tak seberapa.. apabila dihina dan diherdik… Rasulullah membalas dengan budi pekerti yang terpuji.. tidak dimarahi, tidak dibunuh atau dikasari pesalah tersebut. Tetapi dia membalas dengan nasihat dan perlakuan secara sopan. Ini tidak bermakna Baginda bukan seorang yang tidak tegas… Sikap tegas tetapi lembut.. itulah yang kita sekrang sukar lakukan, malah mungkin tidak tahu bagaimana untuk melakukannya…

Sekian untuk kali ini

Naimy Art

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Anda Mungkin Berminat dengan....

Follow by Email