Sabtu, September 08, 2012

Jadaual CD selepas Ramadhan...

Salam, tak jawab dosa.... ok lah bukan nak cerita apa pun...just nak bercerita pasal jadual pemakaian CD kat baby humaira... Sebenarnya, humaira akan pakai CD 3 hari dalam seminggu... Tapi itu sebelum raya lah.... Bila raya mula...pemakaian CD nie terus tak di laksanakan....

Kenapa humaira hanya pakai CD 3hari seminggu, sebab aku bekerja 3hari dan 1hari lagi kami sekeluarga akan keluar jalan2 mencari barang keperluan rumah. Jika berada dirumah tiada masalah untuk aku pakaikan CD pada humaira. Tapi bila hantar ke pengasuh, dan tengok pengasuh pun ada jaga budak2 lain jugak, makanya kami suami isteri membuat keputusan pakaikan DD aja kat humaira, sebagaimana yang diminta oleh pengasuh nya.... Alhamdulillah pakai CD mmg dapat jimatkan perbelanjaan DD humaira, sebulan 1plastik DD x abis.

14 ogos 2012, kami sekeluarga pulang ke Kg. Baru untuk menyambut hari raya di Terengganu. Dalam kiraan kami akan berada di semenanjung lebih kurang 2 minggu,,, Untuk tempoh itu juga, Humaira tidak menggunakan CD. Apa jadi bila sering pakai DD jer?
  • Kos beli DD bertambah
Jika sebelum nie, 1 plastik DD tak abis, time raya terpaksa beli lagi 1plastik pasal tak cukup... huhuhu... jadi perbelanjaan untuk lampin baby pun bertambah musim perayaan...
  • Perasaaan malas bertambah
Bila dah pakai DD niekan...rasa malas nak tukar setiap pagi menjelma..pagi syiok tido maa...  Kadang2 baby pakai lampin dr pukul 8 mlm sampai kul 10pg... mmg berat giler lah lampin nyer. Bukan setakat malas nak tukar lampin. Nak basuh Baju baby pun jadi malas.. Dah lah x bawak balik baju baby, nak tak nak kena basuh jugak. (kami memeng tak suka bawak balik barang banyak...nampaknya sekarang kena banyak bawak brg baby, jika dulu balik kg...1 begpack dah cukup utk letak brg serta pakaian kami berdua, skrg keperluan baby dan pakaian baby dah guna 1beg pack...huhuhu)
  • Kulit baby menjadi kemerahan
Apabila malas nak menukar, maka berlaku kelembapan yang berpanjangan di kulit baby, merah lah kulit humaira. Mr. Y pun tegur lah, dengan ayat yang agak menakutkan perasaan setiap yang bergelar ibu... "kenapa tak tukar, nant dia sakit..awak jugak yg susah...." hihihi... sejak itu, Mr. Y rajin bertanya, pamper baby dah tukar...kdg2 aku saja tunggu dia tanya...sbb nant dia yg akan tukarkan..hihii.. Tapi adakalanya, dia check sendiri terutama jika aku tertdo atau nampak terlalu penat... yelah BF mommy kan...


p/s: ari nie nak g cari CD cover baru untuk humaira lah...satu dah bg kat mok da...pasal dah x muat humaira nak pakai...Insyalah minggu depan akan pakai CD balik...*ummu & abi belum cukup kaya nak bg humaira pakai DD selalu, lagi pun ummu & abi sayang humaira*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger