Rabu, Januari 11, 2012

Makbulkah Ia?

  “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. “(Al-Baqarah:186)


Aku adalah hamba, sebagai hamba aku perlu bertuan. Tuan yang bagaimana? Semestinya yang menciptakan aku dan mereka, mereka serta alam semesta yang tidak diketahui penghujungnya  ini. Menilik kembali diri sebagai seorang hamba,  aku tahu sudah pasti ia lemah dan tidak berkemampuan. Seterusnya ia mesti  kenal tuanya dan sering memohon apa sahaja dari tuanya. Malangnya diri ini lupa ia lemah dan tidak berkemampuan, lebih mendukacita lagi, aku tidak kenal siapa tuanku, tapi aku sering berdoa memohon sesuatu darinya.

Mereka memberitahu aku bahawa tuanku adalah Allah dan kerana dia adalah Allah, maka aku sering menandah tangan selepas menyembahnya untuk memohon sesuatu. Tapi apakah permohonan ini akan termakbul? Memang permohonan diri ini tidak semua termakbul. Adakalanya aku memujuk diri dengan mengambil kata orang bijak pandai bahawa,  jika kita sering berdoa kepada Allah tetapi permohonan kita tidak termakbul mungkin ada 3 kemungkinan, perrama apa yang kita pohon pada hemah kita ia bagus untuk diri ini, tapi pada pandangan Allah ia bukan sebaiknya. Kedua, Allah akan memberi balasan di akhirat nanti dan yang ketiga belum masanya lagi permohonan kita dimakbulkanNYA. Semua kata bijak pandai ini tidak salah. Tapi ia betul jika permohonan itu datang dari mereka yang kenal akan Allah dan memohon sesuatu keranaNYA. Betulkah niat ku selama ini? Ini menjadi persoalan pada diri ini kerana sering diri ini memhonon tapi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Alpa bahawa diri ini hanya pinjaman yang sementara, jiwa yang kekal tidak ditanyakan akan makan minumnya.

Dalam kitabNya yang agung, Allah berfirman bahawa dia akan mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaNya tapi janji Allah ini bersyarat. Syarat itu senang didengari tapi sukar dilaksanakan iaitu memenuhi segala perintahnya dan beriman kepada Nya, seterusnya sentiasa berada dalam kebenaran. Adakah kita telah berjaya melakukan segala perintahnya? Tanya pada diri ini, jujur hati ini mengatakan perintah Allah tidak semua kulaksanakan. Benarkah diri ini beriman, wahai hati? Hati menjawab tapi penuh keraguan, kerana di hati itu tempat iman dan nafsu. Adakala nafsu berjaya mengaburi iman. Terus terpadam cahaya iman pada titik itu. Persoalan seterusnya adakah kita sentiasa dalam kebenaran? Tiada siapa yang dapat menipu diri sendiri, jika org lain tidak tahu tapi akal dan hati pasti tahu. Ya, aku pernah berbohong, mana mungkin aku mengatakan aku sentiasa dalam kebenaran. Taubatku seperti tidak taubat…kenapa? Kerana bila tesepit aku melakukan kembali penipuan dan pembohongan.

Syarat yang sering manusia lupa. Sedangkan nabi telah bersabda yang bermaksud :”ku tinggalkan untuk kamu dua perkara pusaka, tidak akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu masih berpegang teguh kepada kedua-duanya. Iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya.” Maksudnya kita perlu mengambil keseluruhan. Kerana nabi kita tidak kata “berpegang teguh sebahagian dari kedua-duanya.”  

Jelas aplikasi ini salah dalam diriku, kerana aku lupa bahagian kedua firman Allah di atas. Iaitu mematuhi segala perintahNya dan beriman kepadaNYa.

Kata orang tidak kenal maka tidak sayang. Bagaimana mungkin kita mengharapkan sesuatu dari mereka yang tidak kita sayangi. Tidak bisa bukan. Tapi Allah sayang akan hambanNya. Kerana itu, bila mana kita bertanya tentangNya. Dia menyatakan dengan jelas dalam kitabNya bahawa dia dekat. Ya kita tidak merasa kehadiranNya kerana hati ini telah dicemari dan dinodai. Siapa yang mnengotorkan hati ini. Sudah pasti diri sendiri.

 Hakikat semua manusia adalah hamba kepada sang pencipta. Tapi tak semua manusia mengenali sang pencipta terutama pada zaman sekarang dimana semua hal seperti bisa dilakukan sendiri oleh manusia dan computer-komputer ciptaanya tanpa bantuan yang lain. Kita ini sebenar lupa bahawa computer Allah itu lagi jauh canggih berbanding yang ada sekarang. Kerana sifat lupa akan wujudnya tuan, maka manusia itu sombong. Sombong yang mebinasakan dirinya. Apabila wujud masalah dan krisis dalam kehidupan, barulah jiwa ingin kembali memohon kepada tuanya, malang dia tidak kenal dan tidak tahu dimana wujudnya tuanya.

Jangan selalu mengharap kerana mengharap semata-mata tanpa usaha tidak akan sempurna, tapi kita perlu terus berusaha dan bersabar dalam memenuhi harapan. Usaha dan sabar mengajar erti sebuah kehidupan. Selain berusaha dan bersabar, ada lagi satu teknik yang sering kita lupa. Iaitu memohon kepada yang maha pencipta.

‘Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."’ (al-mu’min:60)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik