Isnin, Oktober 31, 2011

Minggu ke-19


Alhamdulillah…kini ia telah hamper memasuki usia 19 minggu…kira dah dipertengah jalan lah…Ini yang berlaku pada diri ini:
Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat & uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Fetus sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Patut aku kencing banyak sekarang. Tengah malam pun rasa nak buang air lagi. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandunganitu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. Setakat hari ini masih belum tahu jantina fetus, malas nak scan…kira kejutan lah nant..Baru best...So barang-barang baby kita beli yang perempuan & lelaki boleh pakai.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Dah mula sejak minggu lepas, kadang-kadang wat tak tahu jer. Mula-mula x perasan dia gerak, tapi lama-lama rasa macam orang geletek dari dalam.. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit.  Patut lah rasa makin kerap dia bergerak…

Maklumat di copy n paste dr blog lain yer…


1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik