Isnin, Mei 23, 2011

PENGHARGAAN SESETIA AYAH….

Di mana wujudnya ayah?

Ayah, abah, dady atau bapak merupakan lelaki yang hadir dalam hidup setiap insan yang bernyawa. Tidak kira bagaimana keadaan seorang bapa tersebut, mereka tetap bapa kita.  Amat sukar untuk kita lupa menghargai kasih sayang seorang ibu, menyatakan kita sayang ibu tapi kita lebih mudah terlupa untuk menghargai seorang ayah. Meniti zaman kanak-kanak, seterusnya zaman remaja, kebanyakkan dari kita akan lebih mudah menyatakan keinginan dan kemahuan terhadap seorang ibu. Walaupun mungkin ibu itu tidak bekerja, kerana kita tahu ibu akan minta pada ayah bagi pihak kita. Adakala kita nyatakan keiginan pada ayah, tapi ayah tidak member tindak balas, kadang-kadang mempersoalkan keinginan kita. Tapi sering keinginan itu dipenuhi juga. Ini bukan apa, seorang ayah ingin anaknya faham apa yang di ingini dalam hidup, kerana hidup ini hanya sementara, masa tidak dapat diputar, kita tak akan kembali muda. Seorang ayah tidak ingin anaknya menyesal di masa depan.

Kerana kasih atau tanggungjawab ayah?

Tanggaungjawab seorang ayah tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Ia termaktub secara azali sejak manusia diciptakan. Seorang bapa bertanggungjwab mendidik anak menjadi seorang insan bernama manusia, tapi pemilihan untuk menjadi siapa adalah kuasa anak itu sendiri. Jika anak itu menjadi sebaliknya, bukan salah ibu bapa. Dalam sebuah keluarga,  ayah bukan hanya bertanggungjawab mendidik anak-anak tapi juga isteri dan mungkin isteri-isterinya.  Jika seorang ayah berjaya mendidik isteri dan anak, maka wujudlah sebuah keluarga yang bahagia, disinilah dikatakan syurga dunia. Jika syurga dunia kita genggam, insyalah syurga akhirat adalah hadiah untuk kita. Selain mendidik keluarga, seorang ayah juga perlu mencari nafkah, menyediakan tempat tinggal dan member kasih sayang. Persoalanya adakah semua ini dilakukan kerana tanggungjwab atau kerana kasih? Tanpa kasih sayang, tanggungjawb tidak akan sempurna tapi dengan kasih sayang pasti tanggungjwab akan sempurna. Ini kerana kasih sayang tidak dapat ditipu, bagaimana mungkin untuk kita member kasih saying jika tidak wujud kasih sayang itu. Maka amat berpatutanlah untuk kita menghargai kasih ayah. Bagaimana nak hargai kasih seorang ayah?

Hadiah penghargaan buat ayah

Pelbagai cara boleh kita lakukan sebagai tanda hadiah penghargaan kita buat ayah. Sekali sekala kita buat kelainan dalam menghargai seorang ayah tak salah. Selalu kita akan ajak ayah jalan-jalan atau belanja makan. Semperna Hari bapa nie apa kata kita belikan sesuatu yang lebih bagus dan sesuai dengan jiwa seorang ayah yang pengasih. Ayah seorang lelaki, apa yang lelaki suka tidak sama dengan seorang wanita, lelaki lebih suka hadiah yang lebih praktikal dan simple. Berbanding wanita lebih gemar kepada suatu yang Nampak menarik dan cantik. Manakala jika kita ambik pandangan dari seorang bapa, mereka tidak suka akan suatu yang kurang berguna atau sekadar hiasan. Sesetengah ayah akan kata itu membazir, kerana mereka tahu sukar untuk mencari rezeki bukan mereka tidak menghargai apa yang kita berikan.....apa ek? 

Khamis, Mei 19, 2011

Buat Yang Terindah

Perkahwinan adalah suatu pengalaman yang indah. Kenangan majlis perkahwinan akan sentiasa di simpan dalam pelbagai bentuk yang menarik dan bermakna. Bagi diriku dan suami, kami memlih untuk merakamkan kenangan majlis pernikahan dan perkahwinan dalam bentuk Photo Mug. Ini bermakna kami akan memiliki dua Photo Mug. Satu untuk diriku dan satu untuk suamiku. Dengan menggunakan kemahiran mengedit gambar yang tak seberapa ini, dapat juga kami siapkan Photo Mug ini. Apa yang menarik, dekat photo mug ini terdapat photo surat nikah “sementara”..hehehe….Kemudian kami sharekan photomug pernikahan kami dengan kawan melalui laman web Facebook. Manakala untuk sedara mara kami kongsikan sewaktu majlis sambut menantu di belah pihak lelaki, Amat senang dengan respond dari kenalan-kenalan kami. Semua cakap menarik dan ada yang permintaan nak mug tersebut. Hehehe..tapi maaf kawan-kawan semua. Ini lah kenangan yang akan kami kenang...

Naimy Art

Khamis, Mei 05, 2011

Equatorial Cameron Higlands Voucher RM338

Salam Semua....kali nie nak cerita pasal voucher Equatorial Cameron Highlands dari BSN. Voucher nie dah nak abis tarikh...mcm mana nak ke sana kalu saya x da kat semenanjung. huhuhu....last year dah pegi cameron dengan my fren (shaz, syam & lissa). best sgt. sapa nak? hiihihihi...

Teman Blogger