Ahad, Ogos 29, 2010

Rancangan Ramdhan ke arah Syawal.......

Setiap saat usia kita bertambah dgn peredaran masa, beruntung lah andai masa itu kita gunakan dengan sebaik nye. Tapi bagaimana dgn masa yang terbuang dgn sia2..apakah bisa kita undur masa dan putar balik dunia….seterusnye merancang kembali kehidupan ini…sesungguhnyer perancangan manusia tak mungkin menandingi perancangan Allah, maka dalam setiap perancangan jangan dilupakan utk sertakan Allah dan kehendak-Nya. Malang nye sabagai manusia yg sering alpa dan lalai, kita sering terlepas pandang akan hal ini. Maka kadang2 perancangan yang dilaksanakan tidak berjalan seperti yang dirancang. Sering ada ujian dari Allah sebagai peringatan tetapi kita ttp lupa maka lahir lah rungutan dari dlm diri. Sering berkalau, berandai, ketidak puasan dan menyesal. Sedangkan seorg islam tdk boleh menyesal tanpa bertaubat…tapi kt sering kata menyesal tanpa bertaubat, maka perkara sering berulang kembali. Kadang2 kita menyesal dan bertaubat, tetapi sifat manusia yg alpa dan mudah termakan pujuk rayu nafsu diri, maka skali lagi kt terbabas. Disini lah penting nyer teman2, rakan2 dan sahabat sejati agar sentiasa mengingati kesan perbuatan, membetulkan kesalahan dan menegur kelalaian. Banyangkan berapa banyak masa kt sia2 kan denngan perancangan yang tdk menajdi akibat tdk diserta kan Allah dan kehendak-Nya. Kerana perancangan yg di sertai Allah dan kehendak-Nya, walaupun tdk Berjaya tetap akan ada balasan..andai bukan di dunia, pasti di akhirat...

Ramadhan ini dah menghampiri penghujung nyer….maka bermula lah pesta bershoping dgn lebih dasyat..stp tahun org tanya aku, dah beli baju raya, banyak beli baju raya..tp sejujur nyer..aku x da lah feeling sgt nak beli baju raya nie…mayb cara didikan parents aku supaya x begitu ptgkan baju raya dr kecik kot..yelah anak tukang jahit, sibuk jahit baju org je, aku pun join lah parents aku skali…mak bapak x da baju…gua adik bradik pun x kisah x da baju…

Bershoping utk sambut aidilfitri x salah tetapi jgn lah kita terlalu tebuai oleh keseronokan membeli belah kerana ada yg kt lupa bila dah khusyuk bershoping raya nie..kekhusyukan yg mengalahkan kt khusyuk solat….kerana apa…kuar g beli baju kul 11 pg..kdg2 kul 5 baru kuar dr tempat membeli,dimanakah kt berzohor… kalu yg nak kurang org 2 sanggup g time berbuka, bagus lah kurang org skit..tp ramai yg lupa solat magrib….mcm mana 2 ek….apakah pahala ibadah menjadi makin kurang di akhir ramadhan…kenapa aku kata mcm nie…awal ramadhan, masjid penuh, ramai yg sibuk nak khatam al-quraan, ramai pegi dengar ceramah dan ramai yg berusaha menambah ilmu…semua nak mengejar ganjaran pahala yg besar di bulan ramadhan....tetapi cuba perhatikan di akhir ramadhan…situasi yg berbeza kan….yg ramai kat kedai kain, kedai kasut & selipar, kedai baju dan kedai persiapan sambut raya aidilfitri…kelebihan ramadhan makin kurang di rasai, kemeriahan syawal makin dirasai….APAKAH INI YG DITUNTUT?….Islam menyaran kan kita hidup besederhana, cukup lah membuat berdasar kemampuan dan tdk berlebih2an…

Kesimpulanye mcm nie:

RANCANGAN RAMADHAN=DENGAN ALLAH & KEHENDAK-NYA

RANCANGAN SYAWAL=DENGAN ALLAH & KEHENDAK-?