Selasa, Jun 08, 2010

Demi kecintaan yang satu ini…

Apalagi dari rekahan bibir insan yang bernama wanita, jika perkataan cinta terucap, nilainya tentu lebih tinggi berbanding daripada insan lelaki yang khabarnya lebih mudah memutar-mutarkan lidah, mengikut selera mereka yang penuh rahsia itu.

Cinta tak semudah mengucapkanya. Di sebalik perkataan cinta tersembunyi seribu makna dan maksud. Cinta yang mewangi ibarat bunga yang kembang segar, mudah menarik naluri kumbang, lebah, kupu-kupu, burung malahan langau untuk mendekatinya. Namun adda juga cinta yang berbisa, tersembunyi racun di sebalik warnanya yang ceria, di sebalik baunya yang tidak puas-puas dihidu itu.

Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabah di sebaliknya. Cinta adalah mahabah. Mahabah adalah suatu kecintaan yang tinggi nilainya. Mahabah itu adalah suatu kecintaan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah S.W.T. Sebagai contoh, cinta Rabiahtul Adawiyah kepada Allah S.W.T adalah cetusan perasaan cinta dan rindu yang mendalam kepada-Nya.

Sahabat sekalian, tentu anda pernah atau sedang dilamun cinta. Cintailah Allah melebihi segala-galanya kerana itu adalah cinta yang abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik

Teman Blogger